Sunday, November 14, 2010
BERKELAH FALLS
*** catatan ini sebenar ingin ku rakamkan sejurus pulang dari kembara, tp... terlalu letih..***
Kembara terakhir di Chamang rasanya sudah agak lama berlalu. hambatan kerja yang tidak kenal rehat melemaskan minda. terasa diri seperti robot yg setiap masa hanya bekerja tanpa ada senggang masa untuk bersantai. kala bebanan kerja mula berkurang, niat untuk menyambung kembara kian marak. apatah lagi kala sahabat menawarkan peluang untuk mencuba destinasi baru, hati teruja dan tanpa berfikir panjang kami terus mengatur gerak. seperti diduga, tidak ramai yang sanggup untuk meredah hutan sehingga 3 jam untuk mencari destinasi. akhirnya hanya 7 org yang bersedia. meskipun pada mulanya Pangkor menjadi pilihan tetapi musibah ke atas teman menyebabkna kami beralih ke Berkelah, dalam daerah Maran, Pahang Darul Makmur.
program yg mulanya dirancang agak rapi menjadi sedikit berantakan. teman yg diharap untuk menjadi penunjuk jalan berhalangan tiba pada masa yg dijanjikan. tambahan seorang ahli menarik diri pada saat2 akhir. namun semangat yg berkobar sehingga sanggup mengorbankan kerja lebih masa ketika Deepavali, akhirnya membawa kami berangkat meski terlewat dari masa yg ditetapkan. perjalanan ke Maran, agak memakan masa, tambahan pula Berkelah tidak begitu biasa bagi kami semua. akhirnya, kami tiba jgk di tapak perkhemahan Berkelah pada jam lebih kurang 3 ptg. bergegas mengemas barang dan memulakan perjalanan ke puncak air terjun. perkhabaran daripada pengunjung lain sedikit melegakan. hanya 45 minit sahaja untuk tiba ke puncak.
setelah bergerak kira2 20 minit, kami tiba di air terjun pertama. air terjun berkembar yg agak cantik tetapi kurang pengunjung. mungkin kerana persekitaran yg sempit dan kolam yg agak dalam menjadi halangan. trek yg santai dan mudah mengkhayalkan kami. rata-rata percaya mampu menawan puncak air terjun dlm tempoh singkat. namun, sebaik memulakan perjalanan, cabaran sebenar kembara mula kelihatan. trek yg agak sempit dan mencabar menanti kami. Bergerak melalui celah2 pokok dan batuan pejal berlumut membataskan pergerakan. Deru air terjum semakin jelas di hadapan. kerana rasa keterujaan, ada yg bergerak terlalu pantas dan meninggalkan rakan di belakang. akibatnya, salah seorang mula pitam. kerisauan mula menyerang... mampukan dia menghabiskan perjalanan yg rasanya masih jauh.
satu demi satu air terjun di lalui. setiap pengunjung yg sempat kami temui mengatakan bahawa puncak masih terlalu jauh untuk dicapai. tambah menyulitkan apabila mendengar perkhabaran sudah lebih 70 org bergerak pada sebelah pagi. bermakna kawasan khemah berkemungkinan besar telah penuh. kami teruskan juga perjalanan. melalui hutan hingga la meniti batuan pejal yg licin. beban semakin berat, bahu terasa perit dan kaki semakin berat untuk melangkah. dalam hati terzahir seranah untuk pemberi maklumat yg kurang cermat. dua jam berlalu namun bayang puncak masih tidak kelihatan. flora yg semakin renek meyakinkan aku bahawa kami semakin hampir.
akhirnya menjelang petang kami tiba jgk ke kemuncak. tempat berkhemah ternyata telah penuh. enggan beralah kami membina 'penempatan' baru. menebas sewaktu matahari sudah berlabuh agak menyukarkan. dalam gelap kami berjaya mendirikan khemah dan sejurus selepas itu hujan mula turun. syukur....!
keletihan sepanjang perjalanan membuatkan kami malas untuk bergerak. tambahan pula hujan semakin lebat. hanya sempat memanaskan air untuk minum petang kemudian bermain pakau mengusir rasa bosan. bekalan ayam dan ikan yg mula mengeluarkan bau menyebabkan kami terpaksa bangun dan menyediakan makanan. alhamdulillah, selepas tgh malam hidangan akhirnya siap. selepas menjamu selera masing2 mencari tempat untuk melelapkan mata.
Pagi 6hb..
rasa nyaman mendengar deru air terjun, segala masalah hilang entah ke mana. baru aku perasan, sejak tiba semalam aku belum mandi... selesai menyiapkan juadah sarapan serba ringkas, bergegas mencapai kamera lalu bergerak ke air terjun... Subhanallah, semalam aku blm sempat melihat secara dekat. pagi ini aku benar-benar terpukau. kolam yg sangat luas dengan air biru kehitaman pastinya menguji keberanian. Dingin air terjun menghambat niat untuk berendam lebih lama... bergerak mengalih tempat, kini bahagian bawah menjadi tumpuan. air yg tenang, jernih dan dingin.
menjelang tengah hari, rakan campers berbangsa cina mula mengemas khemah... kami pantas mengalih tapak. lebih selesa rasanya... cuba mencari kayu untuk dibuat unggun tapi, malangnya terlalu sukar. bosan meronda hutan, kembali ke sungai untuk berendam... tanpa sedar matahari mula terbenam...
malam, hujan gerimis mula turun. rintik halus bertukar kasar. air mencirah ke tapak khemah. belerang yang baru di tabur habis terhapus. dalam rintik kasar hujan terpaksa bergegas membuat parit, sejuk bukan kepalang namun demi keselesaan terpaksa di tahan semuanya. malam itu terpaksa tidur berhimpit kerana khemah kanopi dibanjiri air. hingga ke pagi renyai hujan enggan beralah. penat tidur, ku paksakan diri untuk bangkit. kembali mencapai kamera lalu bergerak ke air terjun.... Subhanallah, jauh lebih cantik berbanding semalam. dengan kabus yg masih terapung, seakan berada di dunia yg lain... sayangnya hari ini terpaksa bergerak pulang... setiap kesempatan diguna sepenuhnya..
dalam masa yg sama aku terasa seperti kekurangan sesuatu. hati bergolak, rindu terasa... tapi pada siapa...??? hutan yg selama ini menjanjikan kedamaian padaku seakan membuka ruang kosong yg selama ini aku abaikan.. entahlah... yg pasti aku semakin keliru...
pukul 10.30...
bergerak keluar bersama kumpulan yg lain. perjalanan lancar meski hujan masih belum berhenti. laluan semakin licin tp tidak sesukar ketika mendaki... pergerakan semakin pantas, mungkin kerana beban yg sdh berkurangan. hanya sejam lebih kami tiba di air terjun pertama. bermakna perjalanan selepas ini semakin mudah. kesempatan untuk berehat dan menghirup teh panas sambil meneroka khazanah alam...
lebih kurang pukul 2 ptg, kami selamat tiba di tapak permulaan. mandi dan bersalin pakaian lalu bergerak keluar.. hujan masih terus turun malah semakin lebat.
Berkelah... catatan pengalaman yg penuh keceriaan. seakan berat kaki untuk melangkah pulang. apatah lagi kala berdepan kesesakan menuju Genting... tiba-tiba sahaja kepala berasa berat semula... argghh...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment