Berbulan menyepi, ulah talian internet yang menagih kesabaran tahap tinggi. Dan tanpa disangka, ia kembali meneruskan tugas.. dan kini aku kembali....
RAMADHAN
1 Ramadhan disambut penuh kesyukuran. Namun, jauh di sudut hati, ada nyali bila terkenang saat dia 'kembali.' Af-Fateha buat Imma. Sudah setahun rupanya kita terpisah. Namun rasa ini masih seperti dahulu. Gagal kompromi!! Kini, pada minggu terakhir Ramadhan, suasana makin terasa sunyi. Hajat untuk kembali ke kampung halaman terpaksa ditunda seketika. Insyaallah, masih ada waktu untuk itu semua.
JERANGKANG, MARAN, PAHANG
Maran, untuk kesekian kalinya aku kembali ke sini. Kali ini untuk menjelajah gugusan air terjun antara yg tercantik di Pahang. Setelah perancangan tertunda beberapa kali, akhirnya kami berjaya jugak menawan Jerangkang. Perjalanan menaiki lori melalui jalan tanah merah selama 45 minit menggamit memori zaman kanak-kanak. Memasuki hutan dengan pacuan 4 roda, yang kadang kala memakan masa sehari suntuk, antara kenangan yang sukar luput di minda. Menikmati damai alam dan siulan rimba adalah kebahagiaan yang tiada tara. Apatah lagi dengan dingin air dari puluhan air terjun yang tersedia. Pengalaman ini akan segar sepanjang masa. Terima kasih Tuhan atas rahmatMu...
KST MOUNT NUANG EXPEDITION 2012
7 Julai 2012. Menjadi antara tenaga penggerak ekspedisi Nuang kali ini sedikit menggentarkan aku. Inilah julung kali aku mengemudi peserta seramai hampir 70 orang menjelajah Nuang. Meski hanya setakat kem Lolo, namun dengan angka seramai itu aku tetap gusar. Apatah lagi dengan latar belakang yang berbeza-beza, dan pengalaman yang juga pastinya berbeza. Alhamdulillah semuanya selamat kembali tanpa insiden yang merencatkan perancangan.
MT KINABALU - TO BE..
Tergerak di hati untuk melakukan kembara yang lebih besar. Destinasi pertama yang terlintas adalah kemuncak tertinggi di Asia Tenggara, Gunung Kinabalu. Meski cabarannya tidaklah sehebat Tahan, namun ada sesuatu yang ingin dilunaskan. Insyaallah, tahun hadapan aku kan berada di sana...
Tergerak di hati untuk melakukan kembara yang lebih besar. Destinasi pertama yang terlintas adalah kemuncak tertinggi di Asia Tenggara, Gunung Kinabalu. Meski cabarannya tidaklah sehebat Tahan, namun ada sesuatu yang ingin dilunaskan. Insyaallah, tahun hadapan aku kan berada di sana...