Langka, dalam bahasa sanskrit bermaksud keindahan. Wi pula bermaksud tidak terkira. Langkawi, atau keindahan tidak terkira. Mungkin retorik yang agak berlebihan. Atau boleh saja bermaksud helang kawi (helang merah) atau helang batu kawi, dua objek yang sinonim dengan pulau lagenda ini. Namun pengertian atau akronim dari pemandu pelancong juga tidak kurang menariknya; Lelaki Akan Nampak Gagah Kerana Ada Wanita Istimewa... Mahsuri!!
Bertahun berlalu, lagenda Mahsuri terus subur membenteng Langkawi. Zuriat Pandak Maya dan Mek Andak Alang, yang lahir berselubung mitos terus bugar dalam lipatan sejarah. Pemergiannya penuh tragedi. Darah putih yang bersimbah mekar bersama sumpah. Betapa serakah Datuk Pekermajaya dan bisa bicara Mahura akhirnya menghantar Puteri Mahsuri menghadap Illahi.
Mahsuri, hanyalah rakyat biasa yang menjadi mangsa tohmah atas segala kelebihan yang dimiliki. Paras rupawan digabung pekerti terpuji. Limpahan kemewahan serta sanjungan masyarakat menjadi duri bagi orang lain. Melihat kembali tragedi ini, rasanya tiada yang istimewa untuk diperkatakan. Kejadian seumpama ini telah banyak mewarnai sejarah bangsa, sebelum atau selepas era Mahsuri. Mungkin kerana hikayat sumpah tujuh keturunan yang menyebabkan Mahsuri lebih mendapat tempat.
Sekian lama dimamah sumpah, Langkawi muncul antara kawasan tarikan pelancong pada masa kini. Suatu ketika, dikhabarkan bahawa kerbau lebih banyak berbanding manusia di pulau ini. Inisiatif Tunku untuk menjejak kubur Mahsuri membawa bersama peluang pekerjaan sekaligus membuka pintu Langkawi kepada dunia luar. Mahathir, mantan perdana menteri malaysia telah mengisytiharkan Langkawi sebagai pulau bebas cukai pada tahun 1987. Maka, Langkawi mula bernyawa setelah sekian lama berselubung sumpah.
Namun, ada juga yang mengaitkan kemakmuran Langkawi dengan kelahiran generasi ketujuh atau kelapan Mahsuri. Srinitra Yayee @ Nong May atau lebih dikenali sebagai Wan Aishah Wan Nawawi dikatakan telah melerai sumpah Mahsuri.

Nong May @ Wan Aishah Wan Nawawi |
Seanggun leluhur |
Kini Langkawi berwajah ceria. Mendung hitam yang berkampung telah sirna. Dari sebuah pulau jajahan Siam, Langkawi berubah menjadi kawasan tumpuan pelancong terutama pada musim cuti sekolah. Tarikan status bebas cukai, Pameran maritim dan aeroangkasa peringkat antarabangsa disamping keindahan panorama berjaya mengangkat martabat pulau lagenda ini.
Namun dalam ghairah mengejar keuntungan, kita sering leka dan haloba. Harga makanan yang tidak setimpal dengan rasa, susila yang kian luntur, kebejatan moral kian merajalela, sunnah yang terlupa digenggam erat adalah harga kepada sebuah kemajuan. Berapa ramai yang hadir ke Langkawi untuk melakukan ziarah ke makam Mahsuri? Masih adakah yang sudi bertafakur merenung kesilapan leluhur kita membuang mutiara kurnia? atau Langkawi sekadar koleksi daftar percutian untuk berbelanja...
Atau perlukan lahir seorang lagi Mahsuri untuk di'korban'kan agar kita lebih waspada..???
mutiara yang hilang |
DAN SUMPAH PUN SIRNA
TANAH LANGKA TIDAK TERPERI
BATU KAWI MEMASAK BUMI
HADIR SURI BERGANDING SERI
HASAD DI HATI MENGUNDANG IRI
KECUR DARAH MENYIMBAH TANAH
BERPISAH NYAWA JASAD DAN CINTA
PUTIH MENGALIR MEMANGKAH FITNAH
NESTAPA MENGARAK MENDUNG SEMESTA
TUJUH TURUNAN DISAPA PETAKA
TANAH PUSAKA DIMAMAH SUMPAH
KINI PUSARA MENJADI TANDA
NERACA AKAL SANTUNAN JIWA
MAKMUR NEGERI SUMPAH NAN SIRNA
GELUNG BERPUGAR GEDUNG PERKASA
DARI SEGARA KE PUNCAK RAYA
SUBUR MELATA BERSIMBAH KURNIA
TABUH HIKAYAT MASIH DIDENDANG
DUA NISAN MERCU INGATAN
LABA DIKEJAR UNTUNG DITIMANG
AKAL DAN SUNNAH DITINGGAL JANGAN
betul
ReplyDelete