Beli rumah mahal-mahal, hutang puluh-puluh tahun tapi masih jugak pi hutan tidur, apa kes?..
Ayat ni mmg best kalau didengar time berasak-asak di bawah khemah sambil ditemani bunyian 'penjaga' hutan, ditambah pulak curahan hujan yg mcm tidak mahu berhenti dan kesejukan sampai ke tulang.. perghh! masa ni lah teringat betapa selesanya tidur di tilam empuk bersama hangat pelukan isteri (bagi yg sdh kawen la)... Pernah seorang kawan gua bertanya, 'apa faedah masuk hutan, turun naik gunung tu, buat sakit badan je.." mula-mula dengar ayat tu rasa macam nak bagi penampar. Gua suka masuk hutan gua punya pasal la. Lu jangan nak menyibuk boleh tak?.. ayat ni gua cuma simpan dalam hati. Sebab gua tahu, org2 begini jenis yang tidak faham estetika alam dan makna sebuah pengalaman. Gua hidup hasil dari balak. dan balak tu cuma ada di hutan. Jadi, gua ada sebab untuk menghargai alam yang memberi gua kesempatan merasai keseronokan hidup di kota.
Plan asal gua dgn team nak menjelajah Jerangkang. Tapi nasihat dari guide membuatkan kami mengalih lokasi. kawasan pantai timur tidak selamat buat masa ini berikutan keadaan cuaca yg tidak menentu. Gua sendiri pada asalnya sedikit ragu masa dorang cadangkan untuk ke Jerangkang. Musim tengkujuh begini bererti sengaja mencari 'penyakit' kalau berkeras mahu meneroka hutan. Dari sebuah alam yg tenang, ia boleh berubah drastik menjadi kawasan penuh rintangan. Pengalaman sejak kecil membuatkan gua lali dengan keadaan begini. Cuma gua risau dengan anggota yg lain, yang hanya mengenal hutan sebagai medan riadah. Mujur jugak kami tidak dibenarkan untuk ke Jerangkang. Biarpun agak ralat, gua tetap bersyukur. Selepas sedikit perbincangan, lokasi di alih ke Lubuk Petai, sebuah kawasan perkhemahan di kaki Gunung Datuk, Negeri Sembilan. Trekking dari bawah ke Lubuk Petai cuma mengambil masa lebih kurang 20-30 minit. Sedikit mudah biarpun trek basah dan licin.
|
inilah Gunung Datuk (klu ikut skala, sebenarnya cuma bukit).. |
Pukul 11.00 malam kami mula berkumpul di Taman Kiai Khusairi dan menyiapkan kelengkapan. Menjelang tengah malam mula bergerak dengan 3 buah kereta. Singgah sekejap di Uptown Shah Alam kemudian terus ke R&R Dengkil. Dari situ kami bergerak terus ke Port Dickson untuk hentian sebelum terus ke Rembau. Malam di Teluk Kemang agak tenang biarpun sesekali gelagat mat rempit dan suku kaki botol mencacatkan kedamaian. Menjelang subuh, kehadiran kupu-kupu malam menarik minat sebahagian anggota kami. Sekadar untuk berhibur dan menyakat anggota lain sebelum berangkat menuju destinasi. Sebahagian anggota sudah mula lena di atas pentas yg kami jadikan port untuk tidur. Suara dengkuran jelas kedengaran membuatkan gua tidak boleh melelapkan. Hanya 3 jam tidur dalam tempoh 24 jam mula merisaukan gua. Takut stamina merosot masa trekking nanti....
|
Pantai Teluk Kemang |
|
Menjelang subuh, kami bergerak lagi untuk menyiapkan diri dan bersarapan. Nasi lemak yang agak menyelerakan. Seterusnya bertolak ke kampung halaman Bro Ujang, penglipur lara dalam team yang sentiasa riuh dengan jenaka dan kutukan mautnya. Gua ambil kesempatan utk melelapkan diri tapi speaker Ujang yg tidak pernah berehat merencatkan strategi gua. Pagi sekitar pukul 7 kami tiba di rumah pusaka Ujang, (sempat tersilap arah sebentar akibat over confident). Dari situ kami diperkenalkan dgn Fuad, org yg bertanggugjawab utk membawa kami ke Lubuk Petai. Kehadiran Fuad melengkapkan jumlah kami kepada 14 org kesemuanya. Sedikit perbincangan dan cadangan untuk meninjau kawasan lain sebelum ke Lubuk Petai. Fuad membawa kami ke Lubuk Paku. Tapi kawasan tu kurang menarik dan gua sendiri kurang berminat. Akhirnya keputusan muktamad untuk kekal dengan plan asal ke Lubuk Petai.
Sampai di kaki gunung, bersiap dan sempat menumpang untuk meletak kenderaan, hujan mula turun. Dari gerimis dan akhirnya sedikit lebat. Kami gagahkan jugak untuk meneruskan perjalanan. Lebih setengah jam kami habiskan sebelum tiba di tapak perkhemahan. Mujur hujan sudah berhenti dan tapak yang sedikit luas memudahkan kami mendirikan khemah. Sebuah khemah induk dan 3 buah dome tent siap dalam jangka masa singkat. Gua dengan Bro Hazli serta Fuad terus ke sungai mencuba nasib mengecas ikan. Hasilnya agak memberangsangkan. Kelah Merah, Tengas, Udang malah katakpun ada. Kemilau sisik berwarna perak membuatkan kami tidak menghiraukan hujan yang mula mencurah. Batu semakin licin akhirnya menagih korban. Fuad merasmikan kepejalan batu dengan mukanya. Mujur masih boleh bertahan. Selepas itu gua pula menguji kekuatan batu dengan tulang kering. Hasilnya, tatto tanpa rupa menghiasai tulang kering gua. Pedih dan sakit hilang begitu sahaja kala melihat kelah menyerah diri. Terkenang zaman kanak-kanak, masa tu gua memang suka menangguk ikan. Atau dalam istilah kg gua 'karemmo'. Kadang bukan setakat ikan, gua pernah 'tertangkap' biawak... hahahaha
|
Kelah, Tengas dan Udang (katak terpaksa gua delete atas sebab2 keselamatan.. hehehe) |
Hujan masih belum reda. Khemah mula di banjiri air. Gua periksa khemah, dan seperti jangkaan, air sudah mula bergenang di dalam. Habis lencun sleeping bag gua. Alamatnya, tidur dalam kesejukan la malam ni.
Selepas menjamah sedikit makanan, gua, Fuad, Omar, Asri, Syuib dan Mizan bergerak ke bawah semula. Peralatan BBQ, kanvas dan air mineral perlu dibawa naik sementara Fuad terpaksa balik atas urusan keluarga. Kali ini pergerakan agak pantas tanpa perlu berehat. Ulang alik cuma lebih kurang 40 minit. Acara bbq bersambung. Kali ini selain ayam, ada kambing dengan black pepper sauce, sotong dan udang. Makan mewah dalam hutan...
Sebelah malam, keadaan cuaca masih tidak menentu. Hujan lebat sekejap-sekejap dan angin mula bertiup kencang. Gua cuba untuk tidur dalam dome, tapi panas. Mengantuk dah sampai tahap maksimum tapi masih tidak boleh lelap. Beralih keluar, sejuk pulak kerana angin semakin kencang. Menjelang subuh, angin bertukar menjadi ribut. Derak ranting dan dahan patah semakin merunsingkan kami. Tapi masih ada jugak yg tertidur pulas.
Pagi, terpaksa berkemas sbb agin masih kencang. Biarpun masih belum puas, tapi keselamatan harus diutamakan. Selepas sarapan, kami bergegas membuka khemah. Kembara kali ini berakhir dengan selamat dan penuh keceriaan. Pengalaman yang tidak mungkin dapat dikecapi jika tidak merasai sendiri suara alam. Mengikut perancangan, kami akan ke Jerangkang untuk kembara seterusnya. Selepas itu kembali mencabar Nuang sampai ke puncak, Insyaallah.
|
Selepas semalaman bermain hujan... masih mampu tersenyum!! |
|
wajah-wajah bangga selepas berjaya mengharungi cabaran di Lubuk Petai |
|
inilah wajah gua selepas berjaya menderma darah kepada pacat dan batu sungai... hehehe |
Bagi gua, secara peribadi, hutan sentiasa menjanjikan ketenangan dan catatan nostalgia yg tidak pernah mungkir. Belantara ini memberi gua kehidupan. Belantara ini jugalah yang menghantar arwah ayah menghadap Illahi. Gua sentiasa beringat, alam belantara bukan sekadar tempat untuk beriadah. Bukan sekadar tempat untuk melepas segala lelah di kota. Tapi belantara adalah kehidupan dengan citra penuh misteri. Salam dari belantara....